Piala Sudirman: Jepun jadi cabaran utama Malaysia dalam Kumpulan D

Astro Arena
Ogos 25, 2021 16:31 MYT
Skuad negara akan menghadapi saingan Jepun, England dan Mesir dalam pusingan awal kejohanan berpasukan campuran itu. - Foto BWF
MALAYSIA diundi dalam Kumpulan D menjelang Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland bermula 26 September ini.
Ia menyaksikan skuad negara akan menghadapi saingan Jepun, England dan Mesir dalam pusingan awal kejohanan berpasukan campuran itu.
Juara 11 kali, China, pula diletakkan dalam Kumpulan A bersama Thailand, India dan pasukan tuan rumah, Finland.
Naib juara enam kali, Indonesia, akan bertembung dengan gergasi Eropah, Denmark, selain Kesatuan Olimpik Russia (ROC) dan Kanada dalam Kumpulan C.
Melengkapkan Kumpulan B ialah Taiwan, Korea Selatan, Tahiti dan Jerman.
Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan itu adalah layak ke peringkat separuh akhir dalam edisi di Guangzhou pada 2009.
#Piala Sudirman #badminton #Malaysia #Finland
;