Piala Perancis: Marseille tunjukan PSG jalan keluar

Sinar Harian
Februari 9, 2023 11:00 MYT
Pemain Olympique de Marseille, Alexis Sanchez dan Matteo Guendouzi bersama pemain PSG Vitinha and Danilo Pereira ketika beraksi dalam perlawanan pusingan 16 Piala Perancis di Orange Velodrome, Marseille, Perancis, 8 Feb 2023. REUTERS
JUARA 14 kali, Paris St Germain (PSG) meneruskan persembahan tidak konsisten musim ini apabila ditunjukkan jalan keluar musuh ketat, Olympique de Marseille di pusingan 16 terbaik Piala Perancis pada Khamis.
Stade Vélodrome laman keramat Marseille kendalian Igor Tudor menjadi saksi kebangkitan tuan rumah untuk menewaskan PSG pacuan Christophe Galtier 2-1.
Marseille, yang hanya menewaskan PSG dua kali sejak ibu kota Paris itu diambil alih oleh Qatar Sport Investment (QSI) pada 2011, mara ke suku akhir hasil sepakan penalti Alexis Sanchez (31') dan Ruslan Malinovskyi (57') selepas gol penyamaan Sergio Ramos (47') pada separuh masa pertama.
PSG kini telah tewas tiga kali pada 2023 dan kekalahan piala itu berlaku kurang seminggu sebelum menentang Bayern Munich dalam perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara.
Tanpa bintang Perancis, Kylian Mbappe yang cedera, yang juga akan terlepas perlawanan Bayern, PSG bergelut sepanjang 90 minit perlawanan berintensiti tinggi tersebut.
Sementara itu, kapten PSG, Marquinhos menegaskan jagoan Ligue 1 itu kini perlu menutup mulut pengkritik sebaliknya bangkit bekerja lebih keras lagi untuk baki saingan kempen musim ini.
"Mereka mengasak tinggi dan kami tidak berjaya mematahkan beberapa percubaan mereka. Ia menyakitkan kerana ia adalah perlawanan piala menentang saingan hebat kami," kata Marquinhos
Dalam pada itu, Tudor mengakui amat bergembira dengan kemenangan diraih Marseille ke atas PSG.
"Ya, para pemain amat hebat, mereka miliki mentaliti juara. Ia hebat untuk perkembangan kelab pada masa depan," katanya.
Marseille mendahului pada minit ke-31 apabila Sanchez menyempurnakan sepakan penalti selepas Cengiz Under dijatuhkan oleh Ramos, memberikan tuan rumah kelebihan sewajarnya selepas permulaan yang rancak.

57' GOOOOAAAAAAAALLLLLLL!!!! MALIIIIIIIIIIIII!!!#OMPSG | 2 - 1 | | #CDF pic.twitter.com/aKh8sGi83S

— Olympique de Marseille (@OM_English) February 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun Ramos menebus kesilapannya apabila menanduk masuk sepakan sudut Neymar dua minit memasuki masa kecederaan separuh masa pertama, sejurus selepas Percy pemain Brazil itu terkena tiang dengan jaringan.
Stade Velodrome kemudiannya mula mendidih apabila Malinovskyi, yang menyertai Marseille secara pinjaman dari Atalanta bulan lalu, menewaskan Gianluigi Donnarumma dengan separuh voli dari luar kotak yang masuk ke penjuru atas
Keputusan venue lain, Olympique Lyonnais menumbangkan Lille 4-2 menerusi sepakan penalti selepas seri 2-2.
AJ Auxerre pula dikalahkan 3-2 di tempat sendiri oleh pasukan Ligue 2, Rodez, yang mara selepas menjaringkan gol dengan ketiga-tiga percubaan mereka mengenai sasaran. - Sinar Harian
#PSG #Piala Perancis #Olympique de Marseille #Igor Tudor
;