Piala Mirnawan 2024: Malaysia Tigers benam Korea Selatan untuk muncul juara
Astro Arena
November 10, 2024 08:30 MYT
November 10, 2024 08:30 MYT
MALAYSIA Tigers mencipta sensasi apabila muncul juara Kejohanan Hoki Piala Mirnawan 2024 kategori lelaki selepas menewaskan Korea Selatan 3-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Korea Selatan menjaringkan gol pembukaan terlebih dahulu menerusi sepakan sudut penalti Choe Doh-yean sebelum dua jaringan Aferukl Syah memastikan wakil negara mendahului 2-1.
Walaupun Korea Selatan kembali mengikat Malaysia Tigers tetapi jaringan minit akhir Muhammaf Safwan memastikan Malaysia manamatkan kemarau gelaran buat pertama kali dengan kemenangan 3-2.
Satu lagi wakil negara iaitu Malaysia Speedy meraih tempat ketiga selepas menewaskan Austria dalam penentuan tempat ketiga.
Dalam pada itu, dalam kategori wanita pula menyaksikan Jepun merangkul gelaran juara selepas menumpaskan Australia. - Stadium Astro