Piala Malaysia: Terengganu bawa pulang bekalan tipis

Astro Arena
Oktober 21, 2023 06:40 MYT
Kemenangan 2-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur malam tadi belum meletakkan Terengganu dalam keadaan selesa menjelang pertembungan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, 3 Nov ini. - Facebook Terengganu FC
TERENGGANU FC membawa bekalan tipis bagi aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia susulan mengatasi Kuala Lumpur City FC di Stadium Cheras, malam tadi.
Kedua-dua pasukan yang turun dengan misi tersendiri jelas mempamerkan corak permainan yang lebih berhati-hati di awal perlawanan.
Dan kelihatan beberapa percubaan turut mengancam gawang Kevin Mendoza dan Suhaimi Husin tetapi masih belum cukup tajam untuk menghasilkan sebarang jaringan.
Namun tambahan masa dua minit di separuh masa pertama bertukar ceria dengan sorakan penyokong pelawat.
Ivan Mamut berjaya menambah jaringan ke-18 peribadi musim ini dan keenam dalam kempen Piala Malaysia.
Separuh masa kedua bersambung dengan anak buah Tomislav Steinbruckner memulakan permainan dengan serangan.
Dan antara percubaan yang hampir menambah jaringan skuad Peteh ialah pada minit ke-82 namun usaha itu tidak terhenti di situ kerana Nik Sharif Haseef memastikan Terengganu selesa mendahului 2-0.
Ketika Terengganu sudah cukup selesa menamatkan permainan, tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti ekoran kekasaran dan Tchetche Kipre tenang menyempurnakan tugas, sekali gus kurangkan defisit jaringan dalam aksi timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
#Piala Malaysia #Terengganu FC #Kuala Lumpur City FC #bola sepak
;