Piala Malaysia: Laluan Selangor lebih cerah - Andik

Astro Arena
November 10, 2015 14:00 MYT
Andik (kanan) dianggap antara pemain asing dari Asia Tenggara yang menyerlah selain Harris Harus yang menyarung jersi JDT.
PEMAIN import Selangor, Andik Vermansah mengimpikan untuk mendakap Piala Malaysia sebelum meninggalkan The Red Giants dan akui peluang kali ini lebih cerah.
Andik dianggap antara pemain asing dari Asia Tenggara yang menyerlah selain Harris Harus yang menyarung jersi JDT.
Sudah dua musim dalam Liga Malaysia, pemain berusia 23 tahun dari Surabaya, Indonesia ini bagaimanapun masih menanti kejuaraan bersama Selangor.
Lantas Andik tekad membawa pasukan mencapai misi 33 menjulang gelaran Piala Malaysia selepas menyedari musim ini mungkin yang terakhir bersama Gergasi Merah Kuning.
"Kesempatan ini saya mohon maaf setakat musim ini saya masih tak dapat menghadiahkan piala. Jadi dalam saingan Piala Malaysia ini saya akan bersungguh-sungguh," kata pemain lincah tersebut.
Skuad bimbingan Mehmet Durakovic menerajui Kumpulan C dengan 10 mata selepas mencatat tiga kemenangan dan satu keputusan seri.
Bertemu naib juara Kumpulan B Sarawak atau ATM, peluang ke separuh akhir tampak cerah buat juara 32 kali Piala Malaysia ini.
#Andik Vermansah #JDT #Piala Malaysia #Selangor
;