Piala Hopman: Djokovic tewas mengejut

Astro Awani
Januari 2, 2013 23:48 MYT
Saingan suku akhir Piala Hopman menyaksikan Serbia menewaskan Australia 2-1
Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic tewas mengejut kepada Bernard Tomic. Turun dalam persiapan menghadapi Terbuka Australia dua minggu lagi, kejohanan ini merupakan pemanas badan terbaik buat Djokovic.
Tomic menyandarkan harapan kepada sokongan padu peminat tempatan di Perth bagi memberikan aksi cemerlang.
Nyata Tomic tidak mengecewakan apabila memperoleh kemenangna straight sets 6/4, 6/4 bagi memberikan mata pertama Australia.
Bekas pemain nombor satu dunia wanita Ana Ivanovic kemudian menyelamatkan Serbia. Berhadapan pemain remaja Australia Ashleigh BArty, Ivanovic tidak berdepan kesukaran.
Hasilnya Ivanovic memperoleh kemenangan 6/2, 6/3. Mata kemenangan Serbia dihasilkan gandingan Ivanovic dan Djokovic.
Mereka menewaskan Tomic-Barty dalam pertarungan sengit 6/4, 6/7 dan 10/6.
Australia seterusnya akan berdepan Itali sementara Jerman menjadi lawan buat Serbia.
#Australia #Bernard Tomic #Novak Djokovic #Piala Hopman #Serbia