Piala FA: Pahang tidak mahu kesilapan sama berulang

Astro Arena
Jun 5, 2014 09:38 MYT
Zainal Abidin Hassan tidak mahu kesilapan sama berulang
Jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan tidak mahu kealpaan saat akhir anak buahnya pada aksi Final Piala FA jadi penyebab mereka gagal julang piala kedua musim ini.
Kealpaan di saat akhir dalam 3 Perlawanan Liga Super menentang Lions 12, Terengganu dan Selangor jadi contoh terbaik dari Zainal Abidin Hassan untuk anak buahnya menjelang aksi final Piala FA pada Sabtu.
Tidak mahu kesilapan sama berulang lagi, Zainal mengharapkan pasukannya matang dari melakukan sebarang kesilapan yang akan di hukum oleh pihak lawan.
#Piala FA #Zainal Abidin Hassan