Piala FA: Manchester City terus mara
Astro Awani
Januari 27, 2013 09:11 MYT
Januari 27, 2013 09:11 MYT
Manchester City meneruskan kemaraan ke pusingan kelima selepas mengatasi Stoke City 1-0 di Brittania.
Pemain pertahanan, Pablo Zabaleta muncul wira City dengan jaringan pada babak kedua.
Saingan di babak pertama menyaksikan permainan seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan.
Percubaan pemain City, David Silva seawal minit pertama sedikit tersasar sementara tandukan pertahanan Stoke, Robert Huth melepasi gawang lawan.
Kedudukan tanpa jaringan kekal sehingga separuh masa pertama namun permainan bersambung semula dengan City meningkatkan asakan ke kubu Stoke.
Hasilnya Zabaleta menyempurnakan gerakan membabitkan Sergio Aguero dan Edin Dzeko bagi meletakkan City di depan.
Nyata jaringan itu sudah memadai buat skuad kendalian Roberto Mancini bagi meneruskan kemaraan ke pusingan kelima.