Piala FA: Man Utd bertemu Spurs di separuh akhir

Agensi
Mac 18, 2018 06:47 MYT
Pusingan separuh akhir Piala FA menyaksikan pertembungan empat pasukan dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) - Foto Reuters
MANCHESTER United sah bertemu Tottenham Hotspurs dalam pusingan separuh akhir Piala FA bulan depan.
Spurs layak ke separuh akhir untuk musim kedua berturut-turut selepas menang ke atas Swansea, sementara juara 12 kali, Man U tundukkan Brighton.
Dalam satu lagi perlawanan, Chelsea raih slot separuh akhir susulan kemenangan pada masa tambahan ke atas Leicester.
The Blues bakal bertemu Southampton yang singkirkan pasukan Wigan, pasukan dari Liga Divisyen Satu.
Penyingkiran Wigan bermakna empat pasukan akhir bertanding kini hanya melibatkan kelab dari Liga Perdana.
Kedua-dua perlawanan separuh akhir akan berlangsung di Wembley pada 21-22 April.
Tottenham, juara lapan kali, kali terakhir julang Piala FA pada 1991, sementara kemenangan terkini Man U adalah di bawah kendalian Louis van Gaal dua musim sebelum ini.
Sementara itu, naib juara musim lalu, mempunyai rekod tujuh kali sebagai juara Piala FA, dengan kali terakhir pada 2012.
Southampton pula hanya pernah julang piala itu sekali dalam sejarahnya, dan sekadar lakar nama sebagai empat pasukan terakhir buat pertama kalinya pada 2003.
#Chelsea #EPL #Manchester United #Piala FA #Southampton #Tottenham Hotspur FC
;