Piala FA: Man United lolos ke pusingan keempat

Astro Arena
Januari 9, 2024 01:20 MYT
Bruno Fernandes (tengah, kiri) dan Diogo Dalot meraikan kejayaan selepas tamat perlawanan pusingan ketiga Piala FA antara Wigan Athletic dan Manchester United di DW Stadium, Wigan, England, 8 Jan 2024. (Foto AP)
JARINGAN daripada Diogo Dalot dan Bruno Fernandes menyaksikan Manchester United mara ke pusingan keempat Piala FA dan mengelak daripada sebarang drama yang tidak diperlukan dalam kemenangan 2-0 ke atas kelab Liga Satu, Wigan.
Seperti yang dijangka, United mendominasi lawan, dan apa yang membimbangkan adalah mereka gagal menjaringkan lebih daripada dua gol berdasarkan 33 percubaan yang dilakukan ke arah pintu gol.
Gol pada minit ke-22 Dalot dan penalti yang disempurnakan oleh Fernandes menyaksikan mereka bakal bertemu kelab Liga Dua Newport atau Eastleigh.
#Manchester United #Piala FA #Wigan #bola sepak