KUALA LUMPUR: Pemain sayap lincah, Arif Aiman Mohd Hanapi mendedikasikan kejayaan membantu Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang Piala FA 2022 dengan menumpaskan Terengganu FC 3-1, kepada pemilik kelab, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Arif Aiman berkata Tunku Ismail merupakan individu yang banyak memberi dorongan kepadanya sehingga berjaya menjadi seorang daripada pemain dalam kesebelasan utama JDT ketika ini.
"Saya memang tidak sangka dapat main dengan JDT sebelum ini kerana saya fikir susah rebut tempat dalam kesebelasan utama memandangkan pasukan mempunyai ramai pemain berkualiti tinggi.
"Namun, saya nak ucap terima kasih kepada TMJ kerana baginda, sebab saya berada di sini. Baginda selalu beri motivasi supaya main dengan agresif dalam setiap perlawanan dan percaya kepada saya selama ini," katanya pada sidang media selepas perlawanan akhir Piala FA 2022, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Beliau yang menjaringkan gol pertama JDT dalam final itu pada minit ke-34 berasa amat teruja dapat membantu 'Harimau Selatan' meraih kembali Piala FA selepas kali terakhir memenanginya pada 2016 dengan menewaskan PKNS FC, 2-1.
Penganjuran Piala FA dibatalkan pada 2020 dan 2021 susulan pandemik COVID-19.
Sementara itu, Bergson da Silva, yang muncul wira JDT selepas menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir, gembira kerana memainkan peranan besar dalam membantu pasukannya merangkul gelaran Piala FA.
Dalam pada itu, penyerang kelahiran Brazil tersebut mengakui bahawa pemikiran untuk menjadi pemain naturalisasi untuk Harimau Malaya tidak pernah terlintas di fikirannya, sekiranya peluang itu timbul suatu hari nanti.
"Saya suka negara ini dan rakyat di sini tetapi saya tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini," katanya.
Bagi Kapten TFC Kipre Tchetche, mengakui JDT beraksi jauh lebih baik berbanding pasukannya pada perlawanan akhir, selain berikrar membantu pasukan pantai timur menamatkan kempen Liga Super 2022 sebagai naib juara.
TFC, yang mempunyai satu perlawanan kini berada di kedudukan keempat dengan 29 mata selepas 17 perlawanan.
Sabah FC berada di kedudukan kedua dengan 36 mata manakala Negeri Sembilan FC di tempat ketiga dengan 35 mata selepas 18 perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 11 2022
Arif Aiman dinobatkan Permain Terbaik selepas tamat perlawanan Final Piala FA, JDT menentang Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan
FAM telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada.
ACLE: Arif Aiman tangga teratas jumlah percubaan tepat, Cristiano Ronaldo keempat
Arif Aiman kekal sebagai pemain yang mempunyai jumlah percubaan tepat terbanyak dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.
TMJ sokong Arif Aiman dibuang padang, Perak dapat penalti
Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berasakan pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali, wajar melayangkan kad merah kepada Arif Aiman Hanapi dan Tommy Mawat Bada.
Pergaduhan libat Arif Aiman: 'Saya tidak pasti budi bicara apa digunakan pengadil' - Pekan
Arif Aiman Mohd Hanapi bernasib baik apabila masih dibenarkan beraksi selepas terlibat dalam insiden pergaduhan dengan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.
AFC label Arif Aiman 'budak ajaib'
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melabel bintang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sebagai 'budak ajaib'.
ACLE: Arif Aiman di tangga kedua, Cristiano Ronaldo kesembilan
Bintang JDT Arif Aiman kini berada di tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
ACLE: Beraksi di sini adalah impian saya - Arif Aiman
Penyerang JDT, Arif Aiman meluahkan bahawa beraksi di pentas besar seperti Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) merupakan impian buat dirinya.
Arif Aiman tiada dalam skuad B-23 ke Piala Asia
TEKA-teki sama ada pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi akan disenaraikan dalam skuad Harimau Muda ke Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) Qatar pada April akhirnya terjawab.
'Rugi tak panggil Arif Aiman'
JDT seharusnya memainkan peranan penting memastikan tonggak sayap lincah, Arif Aiman Hanapi dapat menyertai skuad Harimau Muda pada pusingan akhir Piala Asia Bawah 23 tahun.