Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Astro Arena
April 20, 2024 09:20 MYT
April 20, 2024 09:20 MYT
PENYERANG sensasi, Erling Haaland, dijangka bakal terlepas aksi Piala FA Inggeris bertemu Chelsea awal pagi esok.
Pemain yang berasal dari Norway itu, digantikan dengan pemain dari Argentina, Julian Alvarez, sebelum masa tambahan perlawanan menentang Real Madrid tempoh hari.
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Dalam masa sama, Guardiola turut mengesahkan bahawa penyerang itu telah mengalami kecederaan ringan tetapi masib belum dipastikan tahap kecergasannya.
"Haaland mengalami sakit di bahagian otot. Pihak pegawai perubatan masih memantau keadaannya dan masih belum memaklumkan status terkini berkenaan kecederaanya," katanya. - Stadium Astro