Piala FA Inggeris: Megah tewaskan Liverpool, Plymouth tersungkur di depan Man City

Astro Arena
Mac 2, 2025 10:30 MYT
Pemain Manchester City Kevin De Bruyne, Erling Haaland dan Ruben Dias berpelukan gembira meraikan gol ketiga pasukan ketika perlawanan Piala FA antara Manchester City dan Plymouth Argyle di Stadium Etihad, Manchester, Britain, 1 Mac, 2025. (Foto AP)
MAKSYM Talovierov sekadar memberi harapan palsu kepada penyokong Plymouth Argyle dengan jaringan awal pada minit ke-38 sebelum ditewaskan 1-3 kepada juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Manchester City, dalam perlawanan Piala FA Inggeris, malam tadi.
Sebelum tamat separuh masa pertama, bintang muda England, Nico O'Reilly, menyamakan kedudukan 1-1 dan terus memacu kebangkitan skuad kendalian Pep Guardiola apabila menghadiahkan jaringan kedua pada minit ke-76.
Pasukan tuan rumah menikmati kemenangan di laman sendiri selepas pemain veteran, Kevin De Bruyne, melengkapkan malam The Citizen, sekali gus melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

A fearless @Argyle gave it their all against @ManCity, but a Nico OReilly double and a KDB goal got City over the line #EmiratesFACup pic.twitter.com/8qOvZyx0Al

— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 1, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bekas pengendali Barcelona itu berkata, pemain kebangsaan Belgium itu mungkin menjadi tiga atau lima pemain terbaik dalam sejarah kelab, tetapi tidak dipastikan sama ada dia akan terus berada di Stadium Etihad ataupun tidak musim depan.
"Setiap kali melihat dia beraksi, saya adalah manusia paling gembila.
"Dia sering bermain dengan baik.
"Tetapi dia siapa yang tahu hala tujunya musim depan," katanya.
#Piala FA #Manchester City #Plymouth Argyle #Piala FA Inggeris
;