Piala FA Inggeris: Manchester United pilih skrip mendebarkan ke final

Astro Arena
April 22, 2024 08:00 MYT
Reaksi pemain Manchester United (kiri) ketika penentuan sepakan penalti di hujung perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris antara Coventry City dan Manchester United di Stadium Wembley, London, 21 Apr 2024. (Foto AP)
COVENTRY 3 MAN UTD 3
(Man Utd layak ke final menerusi penentuan penalti 4-3)
Manchester United mengharungi detik mendebarkan apabila gagal mempertahankan kelebihan tiga sebelum menjamin laluan ke perlawanan akhir Piala FA Inggeris, malam tadi.
Coventry City mencetuskan cemas buat anak buah Erik ten Hag dalam perhitungan di Wembley itu menerusi kebangkitan luar biasa bagi mengheret perlawanan ke babak masa tambahan yang dicetuskan penyudah Ellis Simms yang tidak dikawal di dalam kotak penalti pada minit ke-71.
Kemudian, dua kali lagi gawang Manchester United dirobek oleh kelab liga divisyen kedua Inggeris itu menerusi Callum O'Hare sebelum sepakan penalti Haji Wright -- seminit sebelum 6 minit masa kecederaan yang diberikan pengadil - berakhir - untuk mengikat kedudukan 3-3.
Ia tidak langsung memadam tiga gol juara 12 kali itu selepas dihukum melalui jaringan Scott McTominay (minit-23), Harry Maguire (masa kecederaan separuh masa pertama) dan Bruno Fernandes (minit ke-58).
Malah, pemain tengah kelahiran Denmark, Victor Torp, nyaris memberi aib kepada United sebelum dihampakan oleh video bantuan pengadil (VAR) yang mengesankan Wright terlebih dahulu di kedudukan sedikit ofsaid ketika bermain 1-2 dengannya.
Takdir Manchester United tampak seakan-akan sudah ditentukan berikutan tendangan awal Casemiro dalam penentuan sepakan penalti itu ditepis oleh Bradley Collins.

United win it. Our incredible @EmiratesFACup journey comes to an end.

— Coventry City (@Coventry_City) April 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Wright dan Torp terus meningkatkan tekanan kepada wakil Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dengan masing-masing menyempurnakan sepakan mereka.
Dan penjaga gol, Andre Onana, muncul wira ketika United berdepan detik mengembalikan maruah pasukannya apabila menampan sepakan Callum O-Hare selain rembatan Ben Sheaf melepasi palang.
Kemudian tiba giliran Rasmus Hojlund memastikan jaringan kemenangan 4-2 barisan kendalian Ten Hag itu bagi menempah pertemuan final idaman dengan Manchester City pada 25 Mei depan.
#Piala FA Inggeris #Manchester United #Coventry City
;