Piala FA Inggeris: Bernardo Silva bidas jadual abai kesihatan pemain
Astro Arena
April 21, 2024 05:30 MYT
April 21, 2024 05:30 MYT
BERNARDO Silva menuduh Persatuan Bolasepak (FA) tidak mengambil pedulikan nasib pemain dalam penjadualan Manchester City menempuhi separuh akhir Piala FA.
Silva menjaringkan gol kemenangan lewat ketika City yang kelihatan letih melakar kemenangan 1-0 ke atas Chelsea di Wembley, pada Sabtu, untuk menempah final buat kali kedua berturut-turut.
Namun, selepas perlawanan, pengurus City, Pep Guardiola, mengecam jadual perlawanan itu kerana memaksa City untuk beraksi kurang dari tiga hari selepas mereka tewas kepada Real Madrid dalam penentuan sepakan penalti suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).
Justeru, dia membandingkan tempoh persediaan yang diberikan Manchester United dan Coventry yang kedua-duanya tidak mempunyai perlawanan pertengahan minggu sambil melabelkan situasi itu "tidak boleh diterima".
Sentimen itu disuarakan oleh Silva yang berasakan City telah dilayani secara tidak adil.
Pemain Portugis itu berkata: “Kami tidak sependapat kerana FA tidak memberi kami peluang untuk pemulihan yang pada pendapat saya sama sekali tidak munasabah.
“Saya katakan sebegini kerana kami sudah menjamin kemenangan. Jika kami tidak, saya tidak akan meluahkannya kerana saya tidak suka mencipta alasan.
"Tetapi saya tidak fikir ia masih tidak boleh diterima kami telah beraksi pada Rabu.
“Ia keterlaluan. Kami telah beraksi 120 minit kurang dari tiga hari, kemudian kami terpaksa menentang pasukan yang tidak perlu melakukan perjalanan jauh memandangkan mereka dari London.
“Dan mereka mempunyai lima hari sebagai persediaan dan memikirkan tentang permainan kami. Tiada sebab untuk perlawanan itu tidak boleh dilangsungkan pada Ahad. Ini tidak boleh diterima. Bagi kami semua sebagai sebuah pasukan, itulah yang kami rasakan.
“Nampaknya mereka tidak kisah kerana kami sudah mengatakannya berkali-kali. Ia bukan tentang mahu menjadi pasukan pilihan, ia mengenai kesihatan pemain."