Piala FA: Gol McTominay cukup pastikan United singkir Villa
Astro Arena
Januari 11, 2022 08:49 MYT
Januari 11, 2022 08:49 MYT
TANDUKAN Scott McTominay memberikan Manchester United kemenangan bertuah 1-0 ke atas Aston Villa pada pusingan ketiga Piala FA.
McTominay menjaringkan gol keduanya musim ini selepas hanya tujuh minit di Old Trafford awal pagi tadi dan itu sudah cukup untuk memberikan mereka slot ke perlawanan pusingan keempat di tempat sendiri menentang Middlesbrough.
Villa adalah pasukan yang lebih baik, tetapi ia adalah malam yang mengecewakan untuk bos Steven Gerrard dalam lawatan pertama legenda Liverpool itu ke United sebagai pengurus, dengan Ollie Watkins dan Danny Ings mempunyai gol pada separuh masa kedua yang dinafikan.
Skuad kendalian Gerrard memiliki banyak peluang untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan, namun United memastikan kemenangan ketika bilik persalinan pasukan mereka sedang bergolak rentetan kekalahan kepada Wolves sebelum ini.