Piala EFL: United, City bertemu di separuh akhir, Spurs raih jalan mudah

Astro Arena
Disember 24, 2020 10:01 MYT
Pemain Manchester United Aaron Wan-Bissaka (kiri) dan pemain Manchester City Raheem Sterling dalam satu pertemuan antara dua pasukan itu sebelum ini. - Gambar fail
MANCHESTER United dan Manchester City sekali lagi bertemu dalam aksi separuh akhir Piala EFL ketika skuad kendalian Pep Guardiola mahu meneruskan usaha untuk menjuarai pertandingan tersebut buat kali keempat berturut-turut.
City menang 3-2 secara agregat ke atas United musim lalu, menang 3-1 di Old Trafford, di mana hanya satu perlawanan sahaja akan menentukan tempat ke final kali ini.
United dan City merupakan pasangan kedua untuk bertemu dalam aksi separuh akhir Piala Liga dua kali berturut-turut, selepas Arsenal dan Tottenham bertembung pada 2006-07 dan 2007-08.
Kekalahan 1-0 dalam aksi timbal balik merupakan dua daripada tiga kekalahan dialami City bertemu skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer pada 2019-20, sementara mereka sekadar seri tanpa jaringan ketika bertemu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal bulan ini.
Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Brentford bertemu Tottenham.

Your confirmed Semi-Final ties! #EFL | #CarabaoCup pic.twitter.com/ORU6MxIT2g

— Carabao Cup (@Carabao_Cup) December 23, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedua-dua perlawanan ini dijadualkan akan berlangsung pada 4 Januari.
Minggu ini, Liga Bolasepak Inggeris telah menganjakkan aksi final kepada 25 April, dengan harapan untuk membawa semula penyokong ke Wembley.
#Manchester United #Manchester City #EFL #Piala EFL #Liga Bolasepak Inggeris #perlawanan #EPL
;