Piala EFL: Percaturan 'simpan pemain' hukum Man City
Astro Arena
Januari 12, 2023 10:43 MYT
Januari 12, 2023 10:43 MYT
KEPUTUSAN Pep Guardiola untuk merombak kesebelasan utama menghukum Manchester City yang ditewaskan Southampton 2-0 dalam perlawanan suku akhir Piala EFL awal pagi tadi.
Erling Haaland, Kevin De Bruyne, Bernardo Silva dan Ederson adalah antara pemain gantian City di St Mary menjelang perlawanan liga Sabtu ini menentang Manchester United.
Itu terbukti menghukum mereka kerana Sekou Mara dan Moussa Djenepo -- mengambil peluang di atas kegagalan Stefan Ortega beraksi cemerlang -- menjadikan pasukan bawahan Liga Perdana Inggeris mendahului dua gol pada separuh masa.
Kemasukan De Bruyne dan Erling Haaland memberikan City lebih banyak serangan, tetapi mereka tidak dapat mencari jalan untuk kembali bangkit dalam permainan, sekali gus berdepan penyingkiran yang mengejut.