Piala EFL: Pep Guardiola salahkan isu kecederaan punca Manchester City tewas kepada Spurs

Astro Arena
Oktober 31, 2024 14:15 MYT
Guardiola mengakui Manchester City sedang berada di posisi sukar dengan masalah kecederaan. - Gambar/ AP
Pep Guardiola mengakui Manchester City sedang berada di posisi sukar dengan masalah kecederaan selepas tewas 1-2 di tangan Tottenham Hotspur dalam perlawanan Piala EFL di laman lawan itu awal pagi tadi.
Timo Werner dan Pape Sarr merobek gawang City dalam babak pertama perlawanan pusingan keempat itu sebelum Matheus Nunes merapatkan jurang buat The Citizens dalam waktu kecederaan sebelum ke bilik persalinan.
Keputusan itu hadir selepas Manuel Akanji terpaksa diketepikan pada saat-saat akhir gara-gara mengalami kecederaan sewaktu sesi memanaskan badan manakala Savinho pula terpaksa diusung keluar selepas waktu rehat.
Jack Grealish, Kyle Walker, Rodri, Jeremy Doku dan Kevin De Bruyne juga merupakan pemain pasukan utama yang tidak dapat disenaraikan kerana kecederaan dan Guardiola mengakui kebimbangan yang sedang menghantui pasukannya itu.
"Kami berada di posisi sukar dengan jumlah pemain yang kami ada," kata pengurus City itu kepada Sky Sports.
"Ia seadanya. Ia normal. Terdapat batasan pada jumlah pemain.
"Kita akan lihat esok (kecederaan Savinho). Jack Grealish dan Kyle Walker tidak mungking dapat beraksi dalam perlawanan berikutnya." - Stadium Astro
#Piala EFL #Manchester City #Spurs #keputusan perlawanan
;