Piala EFL: Erik ten Hag tekad terus berjuang untuk Manchester United

Astro Arena
November 2, 2023 10:00 MYT
Erik ten Hag berikrar bahawa dia adalah seorang pejuang selepas Manchester United kecundang 0-3 di tempat sendiri dalam Piala Liga Inggeris (EFL) kepada Newcastle United yang secara tidak langsung menambah tekanannya. - Stadium Astro
MAN UTD 0 NEWCASTLE 3
ERIK ten Hag berikrar bahawa dia adalah seorang pejuang selepas Manchester United kecundang 0-3 di tempat sendiri dalam Piala Liga Inggeris (EFL) kepada Newcastle United yang secara tidak langsung menambah tekanannya.
Pertembungan ibarat ulangan perlawanan akhir musim lalu itu - yang dimenangi United untuk menyerlahkan musim pertama yang menjanjikan di bawah pengurus Belanda tersebut - bermakna United telah tewas lapan daripada 15 perlawanan pembukaan musim ini, sekali gus menjadi permulaan terburuk mereka sejak kempen 1962-63.
Gol daripada Miguel Almiron, Lewis Hall dan Joe Willock memastikan kekalahan kedua berturut-turut 0-3 di Old Trafford buat tuan rumah yang turut dibelasah oleh seteru kota, Manchester City, hujung minggu lalu hingga mengundang ejekan terhadap ketika menuju ruang rehat Ten Hag dan wisel penamat ditiupkan bagi menggambarkan beberapa persoalan serius terhadap masa depannya/
"Saya seorang pejuang dan saya tahu ia tidak selalu berkembang," katanya.
“Kami berdepan banyak rintangan setakat permulaan musim ini jadi kami tetap perlu menghadapinya dan ia tidak pernah menjadi alasan.
"Saya pernah mengatakan apabila terdapat halangan maka rutinnya bertukar tetapi walau macam mana sekalipun kami masih perlu mencatat keputusan yang baik. Jelas sekali dalam dua perlawanan terakhir, kami jauh daripada prestasi sebenar jadi kami perlu bertindak dengan tepat di tahap tertentu, di tahap minimum untuk memenangi perlawanan.”
Masa depan Ten Hag sudah mula dipersoalkan selepas kekalahan 'derby' Ahad lalu yang menyaksikan United ketinggalan 11 mata daripada peneraju Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham, selepas 10 perlawanan.
Bekas pengurus Ajax itu akur mengenai sambil menegaskan dia tetap tidak meragui kebolehannya sendiri.
"Saya faham apabila keputusan tidak memberangsangkan," katanya.
“Adalah logik apabila mereka mempersoalkannya. Tetapi saya yakin saya mampu menggalasnnya. Di setiap kelab yang saya bimbing, saya pernah melakukannya dan begitu juga di sini pada tahun lalu. Namun, pada ketika ini kami berada di kedudukan yang buruk.
“Saya bertanggungjawab ke atasnya. Saya melihatnya sebagai satu cabaran. Saya seorang pejuang dan saya akan bersaing dan saya perlu memastikan bahawa saya berkongsi tanggungjawab bersama-sama pemain.
"Kami akan bersatu hati dan berjuang bersama-sama dan menghasilkan keputusan yang lebih baik.” - Stadium Astro
#Piala Liga Inggeris #Manchester United #Erik ten Hag #Newcastle United
;