Piala EFL: Casemiro inspirasi Man United akhiri kemarau kejuaraan
Astro Arena
Februari 26, 2023 06:00 MYT
Februari 26, 2023 06:00 MYT
MANCHESTER United menjulang piala buat pertama kali dalam tempoh lebih lima tahun apabila menewaskan Newcastle United 2-0 untuk menjuarai Piala EFL di Wembley sekali gus menyaksikan meranapkan harapan Newcastle memperoleh kejayaan di pentas domestik.
Permulaan pantas daripada Magpies gagal membuahkan jaringan, dengan Allan Saint-Maximin menjadi satu-satunya pemain yang menguji David De Gea sebelum rehat.
Sama seperti yang mereka lakukan ketika menentang Leicester minggu lalu, anak buah Erik ten Hag terlebih dahulu berjaya memecah kebuntuan ketika perlawanan melewati 30 minit waktu permainan, sepakan percuma Luke Shaw disambut dengan tandukan cemerlang Casemiro.
Kurang 10 minit kemudian, United sekali lagi mengasak kubu pertahanan Newcasle, Wout Weghorst berjaya merampas penguasaan bola sebelum melakukan lorongan buat Marcus Rashford, yang melepaskan rembatan terkena Sven Botman sebelum menembusi gawang yang dikawal penjaga gol, Loris Karius.
Mengendalikan perlawanan akhir utama pertamanya, Eddie Howe kini mempunyai tugas yang sukar untuk kembali ke dalam perlawanan ekoran pengalaman lebih hebat pemain utama United seperti Casemiro dan Raphaël Varane terbukti memainkan peranan penting berjaya mengawal serangan The Magpies.
Skuad kendalian Ten Hag tidak melepaskan sebarang jaringan dalam pertandingan ini dalam empat perlawanan terakhir mereka dalam perjalanan ke final, dan ia terus dipamerkan sehingga wisel penamat yang berkumandang, ketika pengendali Belanda itu menyaingi José Mourinho dengan memenangi Piala EFL dalam musim pertamanya sebagai pengendali pasukan United.