Piala EFL: Balas dendam bukan agenda Newcastle United jumpa Man Utd
Astro Arena
November 1, 2023 11:49 MYT
November 1, 2023 11:49 MYT
EDDIE HOWE menafikan Newcastle United menetapkan misi membalas dendam ketika menghadapi Manchester United dalam Piala Liga Inggeris (EFL) sambil pengurus Magpies itu mempertimbangkan percaturannya sempena pertembungan pusingan keempat itu, awal pagi esok.
Penantian Newcastle untuk mendakap trofi domestik pertama sejak 1955 dilanjutkan oleh United yang meraih kemenangan 2-0 dalam perlawanan akhir musim lalu di Wembley, Februari lalu.
The Red Devils dalam prestasi yang tidak menentu musim ini dan memasuki pertemuan di Old Trafford itu dengan penuh kekecewaan berikutan aksi tidak bermaya dalam 'derby' Manchester hujung minggu lal yang menyaksikan City menang 3-0.
Begitupun, Howe menjangkakan rekod Liga Perdana Inggeris (EPL) perlu diketepikan tatkala kedua-dua pasukan sedia membuat rombakan sambil menegaskan dendam lapan bulan lalu bukanlah motivasi mereka.
Howe berkata: “Itu bukan emosi kami memandangkan saya masih berada di sini. Emosi kami hanya cuba mempersiapkan dri untuk memenangi satu demi satu perlawanan dan kami mahu ke suku akhir. Kami menyukai pertemuan lalu.
“Manchester United adalah pasukan terbaik dengan pemain terbaik. Salah satu ujian utama bagi mana-mana pasukan ialah cara anda bertindak balas terhadap rintangan. Itulah yang sentiasa anda mahu lakukan apabila anda berada di kedudukan pengurus.
“United mencetak beberapa keputusan yang sangat baik kebelakangan ini dan telah memenangi beberapa perlawanan lewat. Setiap kali menghadapi Manchester City, seperti yang kita maklum ia adalah perlawanan yang sangat sukar.
"Apabila anda pertandingan kalah mati, anda perlu mengetepikan kekecewaan. Perlawanan berlangsung sekali sahaja dan saya pasti kedua-dua pasukan akan bermotivasi untuk cuba memenangi pertemuan ini.” - Stadium Astro