Piala Dunia Wanita: Sweden, Belanda ke separuh akhir
Ian Johan Ariff
Jun 30, 2019 14:01 MYT
Jun 30, 2019 14:01 MYT
JUARA dua kali, Jerman tersingkir daripada Piala Dunia Wanita FIFA 2019 selepas dikejutkan Sweden 2-1 di Rennes.
Jerman bermula dengan baik apabila mendahului perlawanan pada minit ke-16 menerusi percubaan akrobatik Lina Magull.
Bagaimanapun pendahuluan tidak kekal lama apabila Sweden menyamakan kedudukan menerusi Sofia Jakobsson.
Kurang tiga minit permainan bersambung di babak kedua, Stina Blackstenius menjaringkan gol kedua Sweden yang berjaya bertahan sehingga perlawanan tamat.
Sweden akan bertemu Belanda di separuh akhir, selepas pasukan itu menewaskan Itali 2-0.
Vivianne Miedema menjaringkan gol pertama Belanda pada minit ke-70 sebelum Stefanie van der Gragt menyumbat gol kedua sepuluh minit kemudian.
Ini merupakan kali kedua Belanda beraksi dalam peringkat akhir Piala Dunia yang menyaksikan mereka tersingkir di suku akhir pada 2015.