Piala Dunia Wanita: Brazil gagal ke pusingan 16 buat kali pertama sejak 1995

Astro Arena
Ogos 3, 2023 11:20 MYT
Pemain Brazil Andressa Alves (tengah) bersedih selepas kesingkiran pasukannya dari Piala Dunia Wanita. - Foto REUTERS
BRAZIL tersingkir daripada Piala Dunia Wanita selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Jamaica di Melbourne.
Afrika Selatan bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Itali 3-2 dan menduduki naib juara Kumpulan G, dengan Sweden menewaskan Argentina 2-0 manakala hatrik daripada Kadidiatou Diani membantu Perancis menewaskan Panama 6-3 untuk mendahului Kumpulan F.
Jamaica menghasilkan kejutan terbesar Piala Dunia di Melbourne dengan mengekang Brazil dalam keputusan seri tanpa jaringan sekaligus menyaksikan mereka gagal mara ke pusingan 16 buat kali pertama.
Brazil, yang memerlukan kemenangan untuk mara, mendominasi pertemuan terakhir Kumpulan F di AAMI Park tetapi tidak menemui kejayaan dan menemui jalan keluar di peringkat kumpulan kejohanan buat kali pertama sejak 1995.
Reggae Girlz, yang mengekang Perancis juga dengan seri tanpa jaringan dalam perlawanan pembukaan mereka sebelum menewaskan Panama 1-0, masih belum melepaskan sebarang gol pada kejohanan itu dan pergi bertemu pemenang Kumpulan H. - Stadium Astro
#Piala Dunia Wanita #Brazil #Jamaica #pusingan 16
;