Piala Dunia terlalu dikomersialkan - Blatter

Astro Arena
Disember 22, 2022 08:30 MYT
Sepp Blatter, bekas Presiden FIFA. - Gambar fail/Astro ARENA
BEKAS Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter, menuduh penggantinya, Gianni Infantino, sebagai biadap selain membidas rancangan untuk mengembangkan Piala Dunia.
Kempen di Qatar yang melabuhkan tirainya Isnin lalu menerapkan format 32 pasukan tetapi bagi edisi 2026, sebanyak 48 negara akan mengambil bahagian.
Infantino mahu hajat itu direalisasikan sejak dia menggantikan Blatter selain mempertimbangkan untuk menganjurkan Piala Dunia secara dwitahunan atau tiga tahun sekali.
BACA: Piala Dunia: FIFPRO bantah format baru FIFA
Malah, bekas presiden itu melabel Infantino bukannya bertindak demi kepentingan terbaik sukan tersebut.
"Apa yang berlaku ketika ini adalah pengkomersilan secara berlebihan," katanya kepada akhbar Jerman, Die Ziet.
"Ia umpama cuba memerah jus yang lebih banyak daripada lemon.

Trust us, we're missing it too... pic.twitter.com/jbMlNze2p3

— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 21, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dengan 48 pasukan bertanding dalam Piala Dunia atau Piala Dunia Kelab, ia harus dilihat sebagai pesaing kepada Liga Juara-Juara (UCL) UEFA. FIFA tidak patut mencampuri urusan yang tidak menggugat mereka.
"Saya tidak rapat dengan Infantino. Dia berkelakuan biadap kerana telah menolak sebarang hubungan dengan saya sejak terpilih.
"Dia hanya berkomunikasi dengan saya melalui peguam."
#Piala Dunia 2026 #Gianni Infantino #FIFA #Sepp Blatter
;