Piala Dunia saksikan 'cooling break' pertama kali dalam sejarah

Haider Yutim
Jun 30, 2014 08:02 MYT
Piala Dunia saksikan 'cooling break' pertama kali dalam sejarah
Akibat cuaca yang terlalu panas, peminat bolasepak buat pertama kalinya telah menyaksikan tempoh rehat ‘cooling break’ dalam sejarah kejohanan Piala Dunia FIFA.
Tempoh rehat selama 3 minit itu telah diarahkan oleh pengadil dari Portugal, Pedro Proenca sewaktu perlawanan pusingan kedua di antara Belanda dengan Mexico di Fortaleza.
Perlawanan ketika itu memasuki minit ke-30 apabila pengadil memutuskan untuk menggunakan peraturan baru FIFA bagi membenarkan pemain berehat sebentar bagi menyejukkan badan apabila suhu melebihi 32 darjah Celsius.
Suhu ketika perlawanan meningkat sehingga 39 darjah Celsius, dan kali kedua pengadil mengarahkan ‘cooling break’ ialah pada minit ke-75.
Difahamkan, FIFA bagaimanapun tidak bercadang untuk menggunakannya pada kesemua perlawanan. Sebaliknya keputusan untuk mengadakan ‘cooling break’ itu akan bergantung kepada situasi setiap perlawanan.
Sementara itu, di media sosial, tidak sampai 10 minit selepas ‘cooling break’ digunakan, ungkapan tersebut telah menjadi bualan hangat dan trending oleh warga Twitter.
Rata-rata mereka ada yang hairan dan pelik dengan penggunaan peraturan baru oleh FIFA itu.
Berikut merupakan beberapa reaksi dari warga Twitter tempatan mengenai ‘cooling break’ ini:

Cooling break. Dulu budak2 under 15 main tgh panas xda pon cooling break. Haahaha.

— нυzαιƒαнα∂ηαη (@huzaifahadnan) June 29, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Cooling break ? Time aku main bola tak pernah ada cooling break nie. Baru pekenal ke pe ?

— IA's (@IzzatAzmi_16) June 29, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kalau kat malaysia ada buat cooling break macam ni, ramai player perut buncit. Minum air je kerja

— ahmad faizal (@ahmadfaizal77) June 29, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Panas sangat ke Brazil tu sampai dah 2 cooling break? Hm agaknya nanti time dekat Qatar hm beratus cooling break pun boleh jadi

— love. (@iAmirulHakimi) June 29, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahli politik juga tidak ketinggalan memberikan komen reaksi tentang 'cooling break' ini:

Zaman aku main bola kat sekolah patut ada cooling break ni. Baru lah kulit fair and lovely sikit.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 29, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Cooling break. Soon FIFA may consider change frm 2 half times into 4 quarters (like basketball).

— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) June 29, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#2014 #Belanda #cooling break #Mexico #pengadil #Piala Dunia
;