Piala Dunia Renang Akuatik: Tan Rouxin ukir sejarah baru, raih pingat gangsa selepas 35 tahun
Astro Arena
Oktober 20, 2024 09:20 MYT
Oktober 20, 2024 09:20 MYT
OLIMPIAN negara, Tan Rouxin, menjadi perenang pertama berjaya menyumbang pingat buat Malaysia dalam tempoh 35 tahun dalam Piala Dunia Renang Akuatik 2024 di Shanghai, China, semalam.
Dia yang mengambil bahagian dalam acara jarak dekat iaitu 400 meter individu berhasil membawa pulang pingat gangsa selepas menempatkan mencatatkan 4:33.27s di belakang Nikoleta Trnikova (perak) dan Mary-Sophie Harvey (emas).
Sebagai rekod, Jeffery Ong merupakan perenang terakhir yang menggondol pingat perak dalam acara jarak dekat kejohanan berprestij itu pada 1989.
Sementara itu, Hii Puong Wei, Chong Xin Lin dan Muhammad Dhuha Zulfikry turut melakar sensasi apabila mencipta rekod kebangsaan yang baru dalam acara masing-masing.
Puong Wei merekodkan catatan masa 2:00.27s dalam pusingan pertama perlumbaan 200m individu di samping Xin Lin pula memperbaharui catatan kebangsaannya dengan 1:00.45s pusingan awal acara 100m kuak lentang wanita.
Dhuha yang merupakan pemenang enam pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 mengatasi rekod Jeffery Ong (15:27.05s) yang berusia 35 tahun dalam acara 1500m gaya bebas lelaki dengan catatan 14:59.80s. - Stadium Astro