Piala Dunia Qatar: Van Dijk kecewa Mane tidak dapat beraksi

Astro Arena
November 20, 2022 07:30 MYT
Van Dijk telah berhubung dengan penyerang Bayern Munich itu dan bersimpati dengan nasib malangnya. - Astro ARENA
VIRGIL van Dijk berasa sedih mendengar bekas rakan sepasukannya di Liverpool, Sadio Mane akan terlepas Piala Dunia Qatar, tetapi dia berharap Belanda akan mendapat keuntungan daripada ketiadaan bintang Senegal itu.
Juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) Senegal mengalami tamparan hebat susulan pengesahkan Mane tidak akan pulih daripada kecederaan fibula tepat pada masanya untuk beraksi pada kejohanan itu.
Mane telah terlibat secara langsung dalam 12 daripada 25 gol terakhir Senegal sama ada dalam saingan AFCON atau Piala Dunia, jurulatih terkemuka, Aliou Cisse, turut mengakui Lions of Teranga perlu mencari jalan menghadapi kejohanan tanpa pemain terbaik mereka itu di Qatar.
Walaupun Van Dijk mengakui kesengsaraan Mane boleh menguntungkan Belanda dalam pertemuan Kumpulan A malam ini, dia telah berhubung dengan penyerang Bayern Munich itu dan bersimpati dengan nasib malangnya.
"Saya menelefonnya pada keesokan harinya. Saya ingin tahu keadaannya, pertama sekali, kerana terdapat begitu banyak khabar angin bahawa dia telah diketepikan untuk seketika," kata Van Dijk mengenai reaksinya terhadap kecederaan Mane.
"Sebagai kawan, saya ingin tahu keadaannya. Malangnya, pada masa itu, dia sudah tidak mendapat berita yang mengecewakan.
"Malangnya, dia tidak akan dapat ke kejohanan ini dan saya berasa sedih untuknya. Saya tahu betapa kerasnya dia berusaha ke tahap ini. Dia mahu menjadi penting untuk Senegal dan dia penting untuk mereka, terutama dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
"Ia sukar. Jelas sekali dia akan menjadi seorang pemain yang bakal dirindui pasukan, dan diharapkan kami boleh mendapat manfaat daripadanya ketiadaannya," katanya. - Astro ARENA
#Piala Dunia 2022 #Virgil Van Dijk #Sadio Mane #kecederaan fibula
;