KETUA jurulatih Iran, Carlos Queiroz, mempersoalkan 'maklumat salah' mengenai ancaman terhadap pemainnya dan memuji usaha mereka walaupun tersingkir daripada Piala Dunia Qatar selepas kekalahan 1-0 kepada Amerika Syarikat.
Gol separuh masa pertama Christian Pulisic sudah cukup menjadi penyebab buat Iran mengalami kekalahan dalam perlawanan terakhir Kumpulan B mereka di Stadium Al Thumama awal pagi tadi.
Pemain Iran sebelum ini mengambil bahagian dalam menunjukkan solidariti yang jelas dengan penunjuk perasaan anti-kerajaan di negara itu apabila mereka memilih untuk tidak menyanyikan lagu kebangsaan menjelang perlawanan pertama mereka di Qatar menentang England.
Kumpulan hak asasi manusia berkata lebih daripada 400 orang telah kehilangan nyawa mereka di tengah-tengah penindasan terhadap tunjuk perasaan di Iran, yang bermula berikutan kematian Mahsa Amini, seorang wanita berusia 22 tahun yang meninggal dunia dalam tahanan polis selepas ditangkap kerana keengganannya untuk memakai tudung.
Susulan itu keluarga pemain Iran dilaporkan telah diancam jika mereka menunjuk perasaan sekali lagi, tetapi dalam sidang akhbar selepas perlawanannya, Queiroz memberikan respons yang tegas.
"Dunia, dalam keadaan semasa, penuh dengan kebodohan," katanya. “Jika anda mendengar daripada sumber tanpa nama, anda menyampaikan maklumat itu dan dalam masa dua jam, beberapa kebodohan menjadi kebenaran.
"Ia adalah maklumat yang salah, ia memalukan tetapi ia adalah kebenaran. Kami telah mendengar beberapa cerita mengenai ancaman yang diterima pemain.
“Tetapi apa yang saya boleh nyatakan ialah terima kasih kepada kerja mereka, terima kasih kepada perbualan yang kami ada, pemain mula tersenyum semula dan memahami untuk siapa mereka bermain, misi mereka.
"Saya sangat gembira mereka dapat memberikan respons di atas padang dan memberi prestij kepada jersi itu." -- Stadium Astro
Astro Arena
Wed Nov 30 2022
Ketua jurulatih Iran, Carlos Queiroz memuji usaha pasukannya walaupun tersingkir daripada Piala Dunia Qatar. - Stadium Astro
Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin'
Perlawanan itu seri tanpa jaringan menuju ke masa kecederaan sebelum Noah Holm menemui jaringan dengan berbaki beberapa saat.
Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.
Guna EV di Felda, ladang
EV itu dijangka digunakan di Felda pada hujung tahun ini secara berperingkat bagi menggantikan kenderaan sedia ada.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 16 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Kalam minta Menteri Pendidikan nyatakan perancangan khusus berhubung cadangan itu dan langkah memperkasa guru Bahasa Inggeris tempatan.
Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi
Rafizi mengakui jika penyasaran subsidi tidak dibuat segera kadar unjuran ekonomi negara akan menjadi lebih teruk.
Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba
JBPM Johor menerima beberapa laporan daripada pengusaha makanan mengenai penipuan tawaran tersebut.
Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA
Sehingga Dis 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang dicapai adalah 5.9 peratus atau 8,667 GWj, bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Cheng Hoe sudah ada bayangan kesebelasan utama skuad negara
Cheng Hoe berkata ini termasuk tidak menolak kemungkinan menggunakan khidmat arkitek tengah Terengganu FC, Lee Tuck.