Piala Dunia Qatar: Perancis peroleh permulaan terbaik, Mbappe, Giroud menyinar

Astro Arena
November 23, 2022 08:15 MYT
Pemain Perancis Olivier Giroud meraikan kemenangan selepas pasukannya menewaskan Australia dalam perlawanan Kumpulan D Piala Dunia 2022. - Foto AP
PENYERANG Perancis, Olivier Giroud, menyamai rekod jaringan Thierry Henry ketika Les Bleus bangkit untuk mempertahankan kejuaraan Piala Dunia dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia awal pagi tadi.
Selepas ketiadaan khidmat Karim Benzema, Paul Pogba dan beberapa pemain lain ekoran kecederaan, Perancis berdepan satu lagi tamparan apabila Craig Goodwin memberikan gol pendahuluan buat Australia.
Namun penyandang juaran itu bertindak balas, menerusi Adrien Rabiot yang menghasikan jaringan serta melakukan bantuan jaringan buat Giroud yang meletakkan Perancis di hadapan.
Kylian Mbappe kemudian memastikan tiga mata penuh sebelum melakukan bantuan jaringan buat Giroud untuk meledak gol ke-51 sekaligus membenarkan Perancis memperoleh kawalan penuh Kumpulan D.
Perancis bakal berdepan Denmark dalam perlawanan Kumpulan D seterusnya pada Sabtu, manakala Australia menentang Tunisia pada hari yang sama. - Astro ARENA
#Piala Dunia 2022 #Olivier Giroud #Kylian Mbappe #Australia
;