Piala Dunia Qatar: Perancis kalahkan Maghribi 2-0, bertemu Argentina di final

Astro Awani
Disember 14, 2022 05:10 MYT
Barisan pemain Perancis meraikan kemenangan menentang Maghribi pada Khamis. -AP
PERANCIS bakal bertemu Argentina di final Piala Dunia Qatar pada Ahad selepas pasukan itu menumpaskan Maghribi 2-0 dalam perlawanan penuh mendebarkan sebentar tadi di Stadium Al Bayt.
Perancis hanya mengambil masa lima minit untuk membuka jaringan awal menerusi Theo Hernandez selepas perebutan di pintu gol.
Pemain Maghribi Jawad El Yamiq hampir menjaringkan gol penyamaan, namun rembatannya ditepis ke tiang gol oleh Hugo Lloris.
Maghribi terus memberi tekanan hingga ke akhir perlawanan namun pasukan Les Bleus berjaya mengesahkan tempat di perlawanan akhir apabila pemain gantian Randal Kolo Muani menjaringkan gol pada minit ke-79.

They won't give up #FIFAWorldCup | #Qatar2022 pic.twitter.com/kxUzJiydYL

— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

France are through to the final! @adidasfootball | #FIFAWorldCup

— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bros

— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
The Atlas Lions kendalian Walid Regragui menjadi pasukan dari benua Afrika pertama mara ke separuh akhir dalam sejarah kejohanan.
IKUTI RANGKUMAN BERITA PIALA DUNIA 2022 DI SINI
Regragui mengekalkan kebergantungan terhadap dua perancang utama, Hakim Ziyech dan Achraf Hakimi selain Youssef En-Nesyri di bahagian depan.
Perancis menjadi juara bertahan pertama yang layak ke pusingan akhir Piala Dunia berturut-turut selepas Brazil pada 1998.
Perancis akan menentang Argentina dalam pertembungan di kemuncak kejohanan pada Ahad.

A champion will be crowned #FIFAWorldCup | #Qatar2022

— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Argentina yang juga juara dunia edisi 1978 dan 1986 mara ke perlawanan akhir setelah menyingkirkan cabaran naib juara Rusia 2018 Croatia 3-0 dalam satu lagi separuh akhir di Stadium Lusail pada awal pagi Rabu.
Piala Dunia 2022 | Pusingan separuh akhir, Argentina 3, Croatia 0
BACA: Piala Dunia Qatar: Argentina lepasi cabaran Croatia 3-0, mara ke final
Maghribi pula akan berdepan Croatia bagi penentuan tempat ketiga dalam perlawanan di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu.
Kali terakhir kedua-dua pasukan berentap adalah pada 23 November lalu di Stadium Al Bayt yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Barisan pemain
Perancis: Lloris, Kounde, Varane, Konate, Hernandez, Griezmann, Tchouameni, Fofana, Dembele (Kolo Muani, 79′), Giroud (Thuram, 66′), Mbappe.
Maghribi: Bounou, El Yamiq, Saiss (Amallah, 21′, Ezzalzouli, 78′), Dari, Hakimi, Amrabat, Ounahi, Mazraoui (Attia-Allah, 46′), Ziyech, En-Nesyri (Hamdallah, 66′), Boufal (Aboukhlal, 67′).
#Piala Dunia 2022 #Perancis #Maghribi #perlawanan separuh akhir
;