Mana tidaknya, dua jaringan pemain berusia 24 tahun itu dalam tempoh tiga minit ketika Korea Selatan tewas 2-3 kepada Ghana dalam saingan Kumpulan H Isnin lalu hangat di Instagram dan Twitter.
Pengikut pemain berjersi nombor 9 itu meningkat mendadak dari 46,000 kepada 293,00 dalam tempoh beberapa jam selepas tamat perlawanan.
Malah ada dalam kalangan warganet yang membuat semakan di media sosial memberitahu, pengikut pemain itu sudah melebihi 400,000 di Instagram sehari selepas perlawanan.
Jumlah berkenaan terus meningkat melebihi 1.5 juta pada Rabu gara-gara ketampanan pemain kelab Jeonbuk Hyundai Motors itu.
Beberapa video yang memaparkan aksi Gue-sung turut tular di Twitter dengan tertera pujian 'Cho gue sung sangat kacak'.
Di sebalik berita tular itu, Korea Selatan yang dibimbing Paulo Bento wajib menang ke atas Portugal di Stadium Education City tengah malam Jumaat untuk 'mencuri' slot 16 pasukan terbaik.
BACA: Piala Dunia Qatar: Jaringan Kudus pastikan Ghana sekat kebangkitan Korea Selatan
BACA: Piala Dunia Qatar: Portugal atasi ujian mendebarkan Ghana
BACA: Piala Dunia Qatar: Uruguay-Korea Selatan mulakan kempen dengan satu mata
Bagaimanapun skuad Kimchi mengharapkan Uruguay menang tipis tidak melebihi dua gol ke atas Ghana dalam satu lagi aksi.
Portugal ketika ini memimpin carta kumpulan dengan enam mata, diikuti Ghana tiga mata di tangga kedua berkongsi lima jaringan.
Korea Selatan dan Uruguay pula berkongsi satu mata dengan kelebihan dua gol kepada skuad dari Asia itu berbanding pasukan dari Amerika Latin tersebut yang masih buntu jaringan. - Sinar Harian