Piala Dunia Qatar: Kekuatan mental pacu kemenangan Perancis

Sinar Harian
Disember 11, 2022 11:44 MYT
Pemain Perancis meraikan kejayaan pasukan itu mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar selepas menumpaskan England 2-1 awal pagi tadi. -Foto AP
SKUAD Perancis terpaksa menggunakan sepenuhnya ketahanan mental sebelum melakar kemenangan 2-1 ke atas England pada suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad.
Pemain sensasi, Olivier Giroud menjadi duri dalam daging buat England apabila meledak gol kemenangan Perancis pada minit ke-78.
"Ia luar biasa. Kami bekerja keras secara bertahan ketika mendahului. Ia mengingatkan saya kepada Belgium pada 2018," ujar Giroud.
Perancis menewaskan Belgium 1-0 pada aksi separuh akhir di Rusia empat tahun lalu.
LAMAN MIKRO PIALA DUNIA FIFA 2022 DI SINI
Tandukan Giroud 12 minit sebelum tamat memacu Perancis ke separuh akhir Khamis ini ketika Harry Kane terlepas sepakan penalti lewat yang kedua buatnya dalam aksi itu.
Kane menyamakan kedudukan menerusi penalti sejurus selepas rehat separuh masa, memadamkan gol pendahuluan Aurelien Tchouameni dari jarak jauh yang membolehkan Perancis mendahului pada minit ke-17.
"Malangnya kami melepaskan sepakan penalti. Tetapi kami tetap berbahaya dalam beberapa kesempatan pada hujung perlawanan."
"Anda perlu sentiasa percaya dan (Antoine) Griezmann mengumpan kepada saya bola yang hebat (untuk gol)."
"Saya sangat bangga. Kami mempamerkan persembahan terbaik.
"Kami sedar potensi generasi muda Inggeris ini. Mereka mempunyai segala-galanya.
"Kami terpaksa menggunakan kekuatan mental untuk mengatasi mereka (England)," ujar Giroud. -Sinar Harian
#Perancis #England #Olivier Giroud #Piala Dunia 2022
;