Piala Dunia Qatar: Jepun juara Kumpulan E, Sepanyol cemas
Astro Arena
Disember 1, 2022 07:50 MYT
Disember 1, 2022 07:50 MYT
JEPUN 2 SEPANYOL 1
Gol daripada Ritsu Doan dan Ao Tanaka membantu Jepun mara ke pusingan 16 Piala Dunia selaku juara Kumpulan E menerusi kemenangan luar biasa 2-1 ke atas Sepanyol sambil La Roja menyertai mereka tatkala Jerman tersingkir.
Dengan kedua-dua pasukan sedar hanya kemenangan akan memastikan kemaraan, Sepanyol tidak membuang masa untuk memecah kebuntuan apabila tandukan Alvaro Morata melepasi Shuichi Gonda untuk jaringan ketiganya dalam kejohanan itu.
Bagaimanapun, Sepanyol yang mendominasi permainan gagal mencari penyudah berkesan dan Jepun mula menggandakan usaha mereka dalam separuh masa kedua yang menyaksikan rembatan jarak jauh Doan menerjah jaringan sebelum Tanaka menghasilkan jaringan kedua.
Sepanyol turut berdepan detik cemas kerana dibayangi penyingkiran memandangkan Costa Rica sedang mendahului Jerman dalam satu lagi pertembungan membabitkan kumpulan itu.
Tetapi kebangkitan lewat Jerman ketika mencipta kemenangan 4-2 menyelamatkan kedudukan La Roja untuk layak sebagai naib juara.