Piala Dunia Qatar: England pertimbang batal hajat pakai lilitan pelangi
Astro Arena
November 21, 2022 04:40 MYT
November 21, 2022 04:40 MYT
ENGLAND sedang mempertimbangkan pendekatan mereka terhadap kempen mempromosi 'OneLove' selepas ketua pasukan, Harry Kane, berdepan dilayangkan kad sekiranya memakai lilitan pelangi dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia di Qatar bertemu Iran, malam tadi.
OneLove, yang menggalakkan 'membawa mesej penentangan sebarang bentuk diskriminasi' tidak diterima bulat-bulat di Qatar berikutan mengandungi unsur hubungan sejenis.
England, bersama-sama dengan negara Eropah lain seperti Jerman, Denmark dan Belanda, membentuk pakatan yang lantang menyuarakan kapten masing-masing akan tetap memakai lilitan lengan itu sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap komuniti 'LGBTQ'.
Bagaimanapun, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) cuba merebut meredakan situasi itu dengan melancarkan koleksi lilitan tangan tersendiri, Sabtu lalu, yang merentasi pelbagai isu sosial dengan subjek berbeza untuk setiap peringkat, termasuk 'Save the Planet' dan 'Bring the Moves'.
Badan induk dunia itu juga mempertimbangkan untuk mengarahkan pengadil agar mengenakan kad kuning kepada kapten yang menyarung lilitan lengan 'OneLove' sebaik sahaja perlawanan dimulakan.
Ia mendorong Persatuan Bolasepak (FA) dalam kedudukan tidak selesa - beberapa jam sebelum anak buah Gareth Southgate itu membuka kempen di Stadium Antarabangsa Khalifa di Doha.
Ketua Eksekutif FA, Mark Bullingham, memberitahu program Radio 4's Today: "Kami telah mengadakan pertemuan dengan FIFA pagi ini dan terdapat perbincangan yang sedang dijalankan.
"Kami cukup berminat untuk memakai lilitan, kami mahu melakukannya tetapi kami perlu mempertimbangkan implikasinya.
"Biasanya dalam situasi ini akan ada denda yang perlu dibayar dan kami selalu mengatakan kami bahawa sangat gembira untuk melakukannya -- baiklah, gembira mungkin perkataan yang salah tetapi kami bersedia untuk membayar denda itu kerana kami fikir adalah penting untuk menunjukkan sokongan kami.
"Sekiranya ancaman hukuman itu benar maka kami perlu mempertimbangkannya, mengambil langkah ke belakang dan berusaha andai ada cara lain untuk menunjukkan nilai-nilai yang kami miliki." - Stadium Astro