KETUA jurulatih Brazil, Tite yakin Neymar akan terus mewakili Brazil dalam Piala Dunia di Qatar walaupun mengalami kecederaan buku lali dalam perlawanan pembukaan dengan Serbia.
Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) tersebut terhincut-hincut di penghujung perlawanan -- dalam kemenangan 2-0 skuad Selecao itu yang diledak oleh Richarlison dalam separuh masa kedua -- selepas berulang kali dikasari di Stadium Lusail.
Neymar kelihatan hampir menangis ketika menerima rawatan di bangku simpanan sebelum buku lalinya yang bengkak dipaparkan ketika dia menuju ke bilik persalinan.
Doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar, mengesahkan pemain berusia 30 tahun itu akan menjalani penilaian lanjut dalam tempoh 24 hingga 48 jam akan datang tetapi bagi Tite -- yang membiarkan Neymar terus bermain selama 11 minit lagi sebaik tercedera -- bertegas bahawa tonggak utamanya tersebut akan kembali.
"Neymar berasa sakit sepanjang perlawanan tetapi dia memutuskan untuk kekal di atas padang bagi membantu pasukannya," kata ketua jurulatih itu.
"Jadi adalah luar biasa memandangkan dia mampu menanggung kesakitannya tatkala pasukannya sedang berjuang. Dia kekal selama 11 minit lagi di atas padang sebaik tercedera, hinggalah saat dia tidak dapat meneruskannya lagi dan dia terpaksa digantikan.
“Kami yakin Neymar akan terus beraksi; dia akan terus bermain dalam Piala Dunia.
"Saya tidak melihat Neymar tercedera. Dia tercedera ketika menggelecek dan dalam gerakan gol kedua, anda boleh lihat dia sedang menanggung kesakitan ketika mengawal bola." -- Stadium Astro
Astro Arena
Fri Nov 25 2022
Neymar kelihatan hampir menangis ketika menerima rawatan di bangku simpanan sebelum buku lalinya yang bengkak dipaparkan ketika dia menuju ke bilik persalinan. - Stadium Astro
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Cheng Hoe sudah ada bayangan kesebelasan utama skuad negara
Cheng Hoe berkata ini termasuk tidak menolak kemungkinan menggunakan khidmat arkitek tengah Terengganu FC, Lee Tuck.