Piala Dunia Qatar: Brazil kembali digeruni, kata Cafu

Astro Arena
November 16, 2022 06:20 MYT
CAFU: Tahun ini saya rasa Brazil sudah kembali; dengan Neymar cergas, kami memiliki peluang yang sangat baik untuk meraih Piala Dunia. - Foto Astro ARENA
CAFU yakin Brazil mampu menamatkan penantian 20 tahun untuk menjulang Piala Dunia apabila melahirkan keyakinan terhadap sentuhan Neymar untuk membantu memecahkan dominasi Eropah.
Bekas pertahanan itu menjulang Piala Dunia bersama Brazil pada 2002, satu kejayaan yang menandakan kemuncak kegemilangan sesebuah pasukan kebangsaan yang memenangi kejohanan tersebut pada 1994 dan tewas kepada Perancis dalam final, empat tahun kemudian.
Bagaimanapun, sejak itu Brazil gagal memenuhi jangkaan tinggi apabila terkandas di peringkat suku akhir dalam tiga daripada empat temasya yang lalu -- kecuali ketika mereka dibelasah 1-7 oleh Jerman dalam separuh akhir di laman sendiri pada 2014.
Brazil menuju ke Qatar dalam prestasi yang sangat baik, dan walaupun belum tewas dalam 17 perlawanan peringkat kelayakan yang menyaksikan menang 14 kali, Cafu percaya ini adalah peluang terbaik buat skuad Selecao kembali di puncak dunia.
"Ia adalah peluang yang baik untuk memecah dominasi Eropah. Ia adalah detik yang sesuai untuk Brazil mematahkan sumpahan dan memenangi gelaran ini," katanya kepada AFP.

Brazil (16.3% chance) Argentina (13.1%) France (12.0%) followed by Spain (8.9%), England (8.8%) and Germany (7.7%). pic.twitter.com/OosKEaB4N2

— Opta Analyst (@OptaAnalyst) November 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Argentina dan Selecao adalah dua pasukan pilihan. Di sebelah pihak lagi, Brazil melalui musim yang sangat baik menerusi persembahan yang hebat, Argentina turut mempunyai pasukan yang sangat mantap. Kedua-dua negara ini mempunyai potensi besar untuk menjuarainya.
"Tetapi hakikatnya Brazil sudah tidak memenangi gelaran selama 20 tahun, ia sedikit sebanyak menjejaskan peminat dan menghilangkan sedikit kredibiliti pasukan kebangsaan. Tetapi tahun ini saya rasa Brazil sudah kembali.
"Dengan Neymar cergas, kami memiliki peluang yang sangat baik untuk meraih Piala Dunia memandangkan kerana dia adalah seorang pemain yang mampu melakukan perubahan di atas padang. Kami meletakkan harapan ke atas bakatnya tetapi dia tidak akan bermain bersendirian.
"Dengan beraksi dengan baik, bermotivasi, saya pasti dia akan melonjakkan motivasi rakan sepasukan dan membuatkan mereka rasa bahawa mereka penting agar mereka mampu mencipta kemenangan."
#piala dunia qatar #Brazil #Cafu #Neymar
;