Persembahan yang menakjubkan di separuh masa kedua daripada Maghribi telah menghadirkan kemenangan yang cukup bergaya dalam aksi Piala Dunia ke atas Belgium.
Kemenangan buat skuad kendalian Roberto Martinez bakal menyaksikan mereka menjadi pasukan kedua layak ke peringkat kalah mati, mengiringi Perancis namun jangkaan itu tidak berhasil.
Selepas sepakan percuma pada separuh masa pertama daripada Hakim Ziyech dibatalkan, taktikal sama diguna pakai dalam separuh masa kedua apabila Abdelhamid Sabiri meletakkan Maghribi di landasan untuk meraih kemenagan ketiga dalam sejarah Piala Dunia mereka.
Kemenangan mereka dilengkapi ketika perlawanan melewati minit-minit akhir permainan, Zakaria Aboukhlal merembat masuk bola dari jarak dekat sekali gus menyaksikan saingan Kumpulan F kembali terbuka ketika berbaki satu pusingan lagi.
Selepas memenangi lapan perlawanan peringkat kumpulan di Piala Dunia, kemenangan bakal memberikan satu rekod baharu yang bakal dicipta Belgium, selepas kali terakhir kalah di peringkat tersebut pada 1994.
Keputusan ini menyaksikan kekalahan pertama Belgium kepada negara Afrika di Piala Dunia, dan Maghribi hanya memerlukan satu mata bertemu Kanada untuk mara ke pusingan kalah mati buat pertama kali sejak 1986. - Stadium Astro