Piala Dunia Qatar: Batshuayi, Courtois muncul wira Belgium

Astro Arena
November 23, 2022 07:50 MYT
Michy Batshuayi meraikan gol pertama pasukannya ketika perlawanan Piala Dunia kumpulan F antara Belgium dan Kanada, di Stadium Ahmad Bin Ali, Al Rayyan, Qatar, 23 Nov 2022. REUTERS
MICHY Batshuayi menjaringkan gol tunggal ketika Belgium mengatasi Kanada 1-0 dalam aksi pembukaan Piala Dunia Qatar di Stadium Ahmed Bin Ali.
Mengetuai jentera serangan dalam ketiadaan Romelu Lukaku, Batshuayi meledak gol pada minit ke-44 dan ia terbukti cukup untuk memastikan perlawanan memihak Red Devils.
Skuad bimbingan Roberto Martinez berterima kasih kepada penjaga gol, Thibaut Courtois, yang menafikan sepakan penalti Alphonso Davies, ketika mereka kelihatan bergelut untuk berdepan lawan yang menamatkan penantian 36 tahun beraksi di peringkat akhir.
Bagaimanapun, Belgium melanjutkan rentak kemenangan di peringkat kumpulan kepada lapan perlawanan, dengan tiada pasukan lain menikmati rentak sama dalam sejarah pertandingan itu (menyamai rekod Brazil).
Kedua-dua pasukan kembali dalam aksi Kumpulan F Ahad ini -- Belgium akan berusaha untuk menghasilkan prestasi yang lebih baik menentang Maghribi, manakala Kanada tidak mampu untuk mengalahkan finalis 2018 Croatia.
#Belgium #piala dunia qatar #Kanada #Michy Batshuayi
;