Pemain bola sepak berusia 24 tahun itu dilihat memeluk dan mencium ibunya di tempat duduk penonton.
Memetik Al-Jazeera Qatar, Achraf juga tidak pernah malu berkongsi dengan peminat di seluruh dunia bahawa ibunya bekerja sebagai pembantu rumah manakala bapanya merupakan seorang penjual di jalanan.
“Saya tidak pernah malu untuk bercakap tentang keluarga saya. Ayah (Hassan Hakimi) saya adalah penjual jalanan dan ibu (Saida) saya bekerja sebagai pembantu rumah.
“Mereka sanggup menderita untuk saya. Mereka rela berkorban supaya saya dapat berlatih dan bermain bola sepak,” kata Hakimi.
Ini bukan kali pertama Achraf mencium ibunya pada Piala Dunia 2022, sebelum ini dia pernah mengucup ibunya selepas perlawanan kemenangan Maghribi menentang Belgium.
Achraf kini tersenarai sebagai pemain hebat yang bermain dengan banyak kelab terkemuka dunia.
Walaupun sudah berkeluarga, Achraf tidak pernah melupakan ibunya.
Bersama isteri, Saida turut dibawa mengikutinya ke Qatar selepas jurulatih, Walid Regragui dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Diraja Maghribi, Fouzi Lekjaa membuka peluang kepada para pemain membawa ahli keluarga yang dipilih.
Achraf pernah mewakili Maghribi di pelbagai peringkat sebelum membuat penampilan sulung antarabangsa pada 2016 pada usia 17 tahun.
Achraf juga dinamakan dalam skuad Maghribi untuk Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022 dan Piala Negara-Negara Afrika 2019 dan 2021.