Piala Dunia: 'Lozhkas' ganti vuvuzela
Sinar Harian
Jun 16, 2018 12:06 MYT
Jun 16, 2018 12:06 MYT
Piala Dunia 2018 membuka tirai kejohanan pada 14 Jun lalu dengan perlawanan pertama menyaksikan tuan rumah Rusia membelasah Arab Saudi 5 - 0.
Edisi kali ini menyaksikan 32 pasukan bakal beraksi dalam 64 perlawanan sepanjang sebulan kejohanan bola sepak berprestij tersebut berlangsung.
Satu perkara menarik dalam Piala Dunia Rusia ini adalah 'lozhkas' atau 'Spoons of Victory'.
Ia dipilih pihak penganjur kejohanan sebagai alat muzik rasmi yang akan menjadi 'trademark' di setiap perlawanan.
Turut dikenali sebagai 'Sudu Rusia', lozhkas merupakan sebahagian daripada elemen muzik tradisional negara itu sejak sekian lama.
Secara tradisi, ia dimainkan dengan mengetuk dua sudu kayu yang dipegang bersama bagi menghasilkan irama muzik.
Bunyi yang dihasilkan 'lozhkas' tidak sekuat vuvuzela yang popular ketika Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan namun ia dipilih bagi menampilkan identiti tersendiri negara itu. - Dailymail
#alat muzik
#bola sepak
#lozhkas
#Piala Dunia
#Rusia
#spoons of victory
#sudu kayu
#sudu rusia
#tradisional
#vuvuzela