Piala Dunia Kelab: Real intai gelaran dunia buat kali kelima

Astro Arena
Februari 8, 2023 07:00 MYT
Aksi Vinicius Junior meraikan gol pertama pasukannya ketika perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab FIFA antara Al Ahly dan Real Madrid di Stadium Prince Moulay Abdellah, Rabat, Maghribi, 8 Feb 2023. REUTERS
REAL Madrid mara ke final Piala Dunia Kelab dengan kemenangan 4-1 ke atas Al Ahly di Rabat awal pagi tadi.
Juara Afrika, Al Ahly, berusaha menampilkan kemampuan mereka, namun kualiti cemerlang Real memastikan mereka melakukan pehitungan final dengan Al-Hilal di final Sabtu ini.
Real membuka jaringan menerusi Vinicius Junior pada minit ke-42, sebelum Federico Valverde memberikan kelebihan dua jaringan buat juara Eropah itu.
Al Ahly mengurang defisit jaringan menerusi penalti Ali Maaloul sebelum Rodrygo dan Sergio Arribas mencetak nama selaku penjaring ketika Real mengintai gelaran dunia yang kelima.

@vinijr #ClubWC pic.twitter.com/qioNWbeH3G

— Real Madrid C.F. (@realmadriden) February 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Real Madrid #Piala Dunia Kelab #Al Ahly #Vinicius Junior
;