Piala Dunia ISTAF: Doubles Malaysia tewaskan Thailand, rampas gelaran juara
Astro Arena
Mei 22, 2024 21:38 MYT
Mei 22, 2024 21:38 MYT
KUALA LUMPUR: Hari bersejarah buat sukan sepak takraw negara apabila berjaya menjuarai kejohanan Piala Dunia ISTAF buat kali pertama dalam acara doubles.
Skuad doubles negara yang dibintangi oleh Aidil Aiman Azwawi-Noraizat Nordin dan pemain simpanan Baihakki A’ripin mempertaruhkan persembahan terbaik di hadapan peminat tempatan.
Anak buah kendalian Jais Baharun mendahului 10-3 pada awal perlawanan di set pertama sekali gus meletakkan Malaysia di depan.
Semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh pemain Malaysia sedikit pun tidak tergugat malah, mengakhiri perlawanan akhir dengan aksi memukau.
Malaysia menjuarai acara doubles dengan kemenangan bergaya memaksa Thailand berpuas hati dengan keputusan itu.