Piala Dunia: Iran kejutkan Maghribi
Ian Johan Ariff
Jun 15, 2018 02:51 MYT
Jun 15, 2018 02:51 MYT
Iran mengalahkan Maghribi 1-0 terima kasih kepada jaringan gol sendiri pihak lawan.
Jaringan pada masa kecederaan babak kedua itu mencetuskan sambutan luar biasa di bangku simpanan skuad Iran di St. Petersburg.
Maghribi menguasai permainan sejak sepak mula dengan 64% penguasaan bola berbanding 36% dimiliki Iran.
Iran yang turun dengan strategi serangan balas gagal mencari penyudah dengan Karim Ansarifard dan Sardar Azmoun mensia-siakan peluang yang ada, sehinggalah penyerang Maghribi, Aziz Bouhaddouz melakukan kesilapan dengan menanduk bola ke dalam gawangnya sendiri.
Maghribi berdepan tugas berat untuk mara ke peringkat seterusnya apabila akan berdepan Sepanyol dan Portugal dalam baki perlawanan kumpulan B.