Piala Dunia: FIFPRO bantah format baru FIFA

Astro Arena
Disember 17, 2022 05:30 MYT
Presiden FIFA Gianni Infantino. - Foto Astro ARENA
PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) seakan-akan meletakkan kebajikan pemain dalam risiko menerusi perancangan membuta-tuli memperkenalkan 32 pasukan dalam Piala Dunia 2026.
Persatuan Pemain Profesional (FIFPRO) muncul memberikan kenyataan ringkas mereka terhadap versi baharu kejohanan itu dalam satu sidang akhbar malam tadi.
Mesyuarat Majlis FIFA pada Sabtu meneruskan langkah untuk cuba memperluaskan pertandingan itu yang akan diadakan setiap empat tahun sekali.
FIFA turut mengumumkan pengenalan Piala Dunia Kelab Wanita, manakala kejohanan 'Siri Dunia' akan dianjurkan oleh negara dari benua berbeza pada setiap tahun.
Bagaimanapun, kesatuan global yang mewakili pemain bola sepak profesional itu mengecam langkah tersebut sambil menegaskan tiada dialog diadakan di antara mereka sebelum langkah berkenaan dimuktamadkan.

#FIFPRO's statement following todays decisions by the FIFA Council concerning the international match calendars for mens and womens football. pic.twitter.com/BLi6aq7n5a

— FIFPRO (@FIFPRO) December 16, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#format baru FIFA #FIFPro #32 pasukan dalam Piala Dunia 2026 #kebajikan pemain dalam risiko
;