Piala Dunia: China betul-betul demam dengan 'MC haram'

Astro Arena
Jun 21, 2014 08:05 MYT
Pihak yang dijangkiti dikatakan memerlukan MC ini supaya mereka boleh menonton aksi Piala Dunia sepanjang malam
Perbezaan 11 jam antara China dan Brazil telah memberikan peluang untuk sesetengah golongan di China menjual sijil perubatan (MC) haram kepada penyokong bola sepak yang dijangkiti 'demam bola'.
Pihak yang dijangkiti dikatakan memerlukan MC ini supaya mereka boleh menonton aksi Piala Dunia sepanjang malam tanpa isu perlu bekerja esok hari.
Isu membeli MC ini sebenarnya telah lama wujud di negara ini, fenomena demam bola kali ini telah membuat perkara ini semakin terdedah kepada masyarakat di China.
Terdapat penjual MC ini menggunakan platfom laman sosial di China, Sina Weibo untuk menjalankan perniagaan.
Carian untuk "Beijing" dan "servis sijil perubatan" memberikan keputusan sebanyak 49,500 carian menggunakan enjin pencarian Baidu (China).
"Piala Dunia kini sedang berlangsung dan perbezaan masa menjadi masalah penyokong bola sepak di China yang ingin menonton semua perlawanan."
"Dan saya hanya berkhidmat untuk membantu dengan menjual MC palsu ini kepada mereka menghendakinya," ujar seorang peniaga MC palsu kepada wartawan China.
Seorang peniaga memberitahu dia berjaya jual 30 keping MC palsu setiap hari dan mempamerkan resit penghantaran sebagai bukti perniagaannya.
#Brasil #Brazil #China #FIFA #MC #Ola Bola #Piala Dunia 2014
;