Piala Dunia 2034: Kazakhstan, Uzbekistan digesa kemuka bidaan jadi tuan rumah bersama
Bernama
Julai 22, 2023 17:23 MYT
Julai 22, 2023 17:23 MYT
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kazakhstan, Adlet Barmenkulov mencadangkan agar Kazakhstan dan Uzbekistan mengemukakan tawaran bersama untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia FIFA 2034, lapor Sputnik.
Menurut portal berita bola sepak Uzbekistan, Championat.asia pada Jumaat, Barmenkulov telah membuat cadangan itu semasa mesyuarat para Pemimpin Persatuan Bola Sepak Negara-negara Berbahasa Turki di Asia Tengah yang diadakan di Kyrgyzstan.
Hubungan mesra antara persatuan bola sepak Kazakhstan dan Uzbekistan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dapat disaksikan, dengan pertandingan persahabatan antara pasukan kebangsaan dan kelab-kelab, kata Barmenkulov.
--BERNAMA-SPUTNIK