Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun
Astro Arena
Oktober 14, 2024 09:30 MYT
Oktober 14, 2024 09:30 MYT
BEKAS pemain Argentina, Mario Kempes, menjangkakan Lionel Messi mampu dari aspek fizikal untuk beraksi serta mengetuai cabaran Argentina di Kejohanan Piala Dunia 2026 nanti.
Walaupun keraguan masih kekal sama ada penyerang Inter Miami itu akan menyertai kejohanan yang akan dianjurkan di Amerika Syarikat-Mexico-Kanada itu di mana dia berharap Messi mampu membantu pasukan walaupun usianya telah melonjak 39 tahun ketika itu.
Malah, Kempes percaya kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.
"Saya fikir dia akan beraksi tetapi kita perlu menunggu untuk aksi kelayakan nanti bagi melihat bagaimana perasaannya kerana dia adalah orang yang akan memutuskan sendiri sama ada dia berada dalam keadaan baik untuk menyumbangkan segala yang dia tahu.
"Anda tidak tahu apa yang akan berlaku kerana perjalanan masih panjang." ujarnya Kempes lagi yang telah membuat 43 penampilan buat Argentina.
Sebelum ini, pemenang Ballon d'Or lapan kali itu mengalami kecederaan buku lali pada final Copa Amerika 2024 dan sejak itu dia masih kembali beraksi dalam saingan antarabangsa bagi memperkuatkan Argentina. -