ZURICH: Pasukan kebangsaan Amerika Syarikat (AS), bersama Mexico dan Kanada, layak secara automatik ke Piala Dunia 2026.
Ketiga-tiga negara itu menang hak sebagai tuan rumah Piala Dunia dalam bidaan mewakili Amerika Utara.
FIFA mengikut sejarah akan memberi negara tuan rumah hak untuk bermain di Piala Dunia tanpa melalui proses kelayakan biasa.
Namun ini merupakan kali pertama FIFA menawarkan tiga tempat untuk pasukan tuan rumah.
Selain itu, jumlah pasukan yang bertanding dalam kejohanan empat tahun sekali itu dijangka bertambah daripada 32 kepada 48 pada edisi 2026.
Tiga lagi tempat akan diberikan kepada negara CONCACAF melalui proses kelayakan.
“Majlis FIFA mengesahkan bahawa, selaras dengan tradisi yang meletakkan semua tuan rumah bertanding di Piala Dunia FIFA, selain pertimbangan sukan dan operasi, tuan rumah Dunia FIFA Piala 2026 iaitu Kanada, Mexico, dan Amerika Syarikat, layak secara automatik ke pusingan akhir pertandingan, dengan slot mereka ditolak daripada keseluruhan peruntukan enam yang diberikan kepada CONCACAF,” kata FIFA dalam satu kenyataan pada Selasa.
Berita ini pastinya disambut baik khususnya buat Kanada di mana pasukan kebangsaan itu membuat penampilan di Piala Dunia Qatar pada 2022 selepas 36 tahun.
Kanada bagaimanapun tewas dalam ketiga-tiga aksi peringkat kumpulan.
Majlis FIFA dalam pada itu juga memaklumkan bakal menetapkan tarikh bidaan hak menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030 tahun hadapan.
Setakat ini terdapat tiga bidaan yang disahkan iaitu bidaan bersama Amerika Selatan yang menampilkan Uruguay, Argentina, Paraguay dan Chile; bidaan bersama Sepanyol-Portugal serta Ukraine yang dilanda perang tahun lepas; dan Maghribi.
Astro Awani
Wed Feb 15 2023
Pasukan kebangsaan Amerika Syarikat (AS), bersama Mexico dan Kanada, layak secara automatik ke Piala Dunia 2026.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Bangladesh minta Hasina diekstradisi
Penasihat luar kerajaan sementara berkata telah menghantar nota rasmi kepada Kerajaan India bahawa Kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali ke negara itu untuk menjalani proses kehakiman.
Bangladesh tidak benarkan lagi kemasukan Rohingya
Bangladesh tegaskan, ia tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya, lebih-lebih lagi apabila kira-kira 60,000 pelarian itu memasuki negara Asia Selatan itu dalam tempoh dua tahun lalu
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.
Rusia pertimbang penerbangan terus ke Malaysia
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Projek FAM: Presiden FIFA taruh kepercayaan, yakin TMJ kemudi bola sepak negara
Tunku Ismail telah mengadakan pertemuan bersama Infantino bagi membincangkan mengenai penstrukturan tersebut.
FIFA luahkan 'kekesalan' berhubung kontroversi peta Crimea semasa undian
Ukraine melahirkan kemarahan apabila Kementerian Luarnya menuntut permohonan maaf secara terbuka.
FIFA lakukan kejutan akan umum pemenang anugerah terbaik pada Selasa
FIFA pada Isnin menyatakan bahawa pemenang akan diumumkan dalam satu acara khas di Doha, yang akan disiarkan secara langsung.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
UEFA, FIFA kekal haramkan Rusia sertai mana-mana pertandingan bola sepak dunia
Keputusan itu juga secara automatik menjadikan Rusia tidak akan menyertai kejohanan Piala Dunia 2026.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
Tidak berdisiplin, FIFA beri Indonesia hukuman
Jawatankuasa Disiplin FIFA beri amaran bersama hukuman denda kepada Indonesia susulan tindakan tidak berdisiplin semasa aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
Harimau Malaya jatuh satu anak tangga, kini ranking ke-133 dunia
HARIMAU Malaya turun satu anak tangga dari kedudukan 132 ke-133 dunia dalam kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.