DOHA: Bahang Piala Dunia FIFA semakin dirasai apabila berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum ia berlangsung.

Peminat bola sepak dari seluruh dunia telah mula tiba di Qatar untuk mengikuti kejohanan sukan paling berprestij itu.

Antara jutaan peminat bola sepak, dua daripada mereka dikenali sebagai Pablo Garcia dan Fernando Boca tiba di Qatar dengan menaiki basikal dari Itali menempuh perjalanan 5,500 kilometer.

"Saya sangat teruja bukan sahaja kerana saya berada di Qatar di mana Piala Dunia akan berlangsung, saya juga tiba di sini dengan basikal.

"Saya meninggalkan Itali empat bulan lalu bersama seorang rakan dan kami berbasikal sejauh 5,500 kilometer melalui beberapa negara seperti Iraq, Turkiye, Kuwait, Arab Saudi dan kami juga berada di Eropah," katanya.

Mereka berdua melalui negara seperti Iraq, Arab Saudi dan Kuwait sepanjang perjalanan yang panjang itu.

Penunggang basikal dari Argentina itu semenangnya telah melakukan jelajah di seluruh dunia menggunakan basikal.

"Lihat bendera di basikal saya yang menunjukkan negara-negara yang sudah lawati. Saya mengembara ke seluruh dunia selama 16 tahun dan saya berada lebih daripada dua tahun di negara-negara Arab ini tetapi saya tidak melawat Iraq pada masa itu.

"Ketika kami berada di Ankara, kami memohon visa, kami sangat gembira kerana kami sampai ke Iraq dan bagi kami ia adalah sebuah negara yang menakjubkan kerana tidak ramai pelancong dan kami terkejut dengan layanan orang tempatan," katanya.

Namun ekspedisi kali ini lebih bermakna apabila mereka dapat melihat negara Iraq buat kali pertama.

Video di media sosial menunjukkan perjalanan mereka ke bandar di beberapa negara termasuk Mosul, sebuah bandar di Iraq yang telah musnah akibat serangan kumpulan yang bersengketa.


Piala Dunia FIFA | Kembara 5,500 km dengan basikal untuk bola sepak